27 December 2008

ADUI HAI MLM NATAL! ( CHRISTMAS EVE )

( Sorry baru update blog, bz siot!!! )
Malam menjelang natal aku dan sekeluarga pergi smayang lah konon kat Gereja Sangti Maria ( St. Mary ) yg dulunya hanya sekadar gereja biasa tp skrg dah byk perubahan n 'dinaik taraf' statusnya menjadi Katedral n bukan lagi disebut gereja! So Sandakan sekarang sudah ada Katedral sendiri ( gereja besar @ institusi keagamaan ) n setahu aku kalau mengikut kelayakan ( standard org putih ) utk mendapatkan nama 'Katedral' ni umatnya or ahlinya mesti sampai 100 ribu org dlm kawasan penduduk tu baru boleh diiktiraf sbg Katedral! Aku xda kira lg jumlah penduduk di Sandakan yg beragama Kristian ni tp apa pun nama gereja aku ni skrg ialah Saint Mary's Cathedral... hwa3


Ni lah dia pic Katedral St. Mary, Sandakan, Sabah... yg 1 tu gua kecil yg dikorek drpd dinding bukit yg terdapat d kawasan Katedral ni... atasnya ada gua kecil tempat patung Maryam ( nama org putihnya Mary, namanya d Indonesia n Malaysia sudah diselaraskan dlm bahasa Melayu atas persetujuan n kesepakatan umat sbg Maria )! Paderi boleh masuk dlm gua ni ( bukan dlm pon ) n mengadakan upacara keagamaan yg besar pada hari2 tertentu bila 'target' umat yg dtg boleh memenuhi 1 stadium! hwa3 ( maksudnya kalau upacara keagamaan yg besar sure x muat 1 Kathedral tu so upacara dilakukan di hadapan gua sb kawasannya memang luas seluas alam!
Sebut pasal ramai ni, mlm tu spatutnya smayang @ misa mula kul 9pm, kul 8pm kami dah sampai tp ya rabbi punyalah penuh xda tempat duduk dah! Padahal masa smayang dah dibahagikan ke gereja2 Katolik yg lain gak tp maybe umat makin ramai even ramai gak yg dah convert! hwa3! Pelik knapa boleh begitu ramai padahal hari2 Ahad smayang biasa xda pulak muka2 diorang yg jambu2 ni dtg, kalau hari besar je muncul maybe keluar dr hutan kot! hwa3! Sabar jelah..... Smayang mlm tu dlm Bahasa Inggeris, esoknya pon ada gak smayang kat tempat ni tp dlm Bahasa Melayu! Kami tak pergi yg BM punya sb dah serik tahun2 tpaksa catwalk jauh sb xda parking, org pulak betimbun mcm semut sampai nak gerak pon susah! bayangkan! ( maksud aku bayangkan haruman aroma terapi tu ) aduiii pengsan je tak! Apa pun syukur kpd Allah! ( sorry sebutan ni dibenarkan dlm kerajaan Malaysia dan Indonesia sb walau apa pun Allah tetap Tuhan kan cuma pengertian n penerimaan org2 yg x seiman mestilah lain n merasa pelik! Lu pikir lah sendiri!!! ) hwa3!!!!!!


Sempat gak aku merayau amik pics! Aku merayau masa smayang x start lagi lah kan ada sejam lg aku kene tgu so aku boring lah tu! Sbenarnya byk lg pics tp motif aku nak sumbat byk2? Bukan ada markah pon! hwa3!
SELAMAT HARI KRISMAS @ HARI NATAL N VERSI OMPUTEHNYA MERRY CHRISTMAS! Versi arab apa agaknya ah? hwa3



22 December 2008

Persandingan rakan seinstitusi ku!


Pasangan bahagia! Mohd Fairul ( kwn 1 institusi dulu ) & Noraimah... Aku telah diundang oleh kakak kepada Noraimah yg juga merupakan rakan institusi ku dulu n kad jemputan tu telah diserahkan sendiri by hand pulak tu oleh si kakak yg bernama Farahwahida! Terus aku terfikir nak bagi hadiah apa kalau org kahwin2 ni sb dah lama aku x pernah p majlis sedemikian!
Ptg tu jugak Miss Vivie ( sama institusi jugak! ) sms aku tanya kalau aku pergi ke tak! So kami pun plan pergi cari hadiah sama2! Kami kuar masuk kuar masuk kedai di Bandar Kim Fung agak lama jugak lah kami fikir benda y sesuai at last kami beli je hadiah kat Tai Chung Supermarket! hwa3! So kami pun pergi ke majlis tu sama2 tp yg ditulis dlm kad pukul 7pm start, sebelum kul 7pm lg aku siap, akan tetapi........ dkt kul 8pm baru si Vivie ni sampai amik aku! Punyalah laju dia bawak keta! Jaguh sungguh pempuan ni! huh! Dahlah aku ni fobia bab laju2 dia siap gelakkan aku ni! Kureng! Kul 8.05pm kami sampai! ala lagipun dkt jugak tp setibanya kami kat dewan Hotel Sanbay tu dah mula acara yg aku paling suka iaitu acara makan2! Meja plak dah penuh! Masuk je kami dlm dewan tu semua mata memandang n lampu kamera pun berkilauan membuatkan kami terasa pelik n aku pulak terasa mcm artis! IYA! PERLUKAH AMIK PIC KAMI BYK2? KEAL PUN TIDAK! HWA3! Aku siap bisik dia 'nah tots,org sana lagi amik pic kita so control n pose lawa2' hwa3! Tetiba masuk agi 1 famili yg lewat n sama gak tpaksa jadi model sb takda meja dah! ( at least kurang sikit tumpuan org ramai kat kami berdua! hwa3 ) Pastu Farahwahida suruh kami ke blok sebelah utk makan sb dah xda meja tp yg bestnya blok sebelah tu utk buffet! WAH BERMAHARAJALELA AKU NGAN MISS VIVIE MELAHAP @ MEROUND! 1-1 DI TRY! Hwa3!!!




YG AKU X BOLEH LUPA ADA 1 KES! SI VIVIE NI BEGITU TAKSUB MENGAMBIL PIC SENDIRI SAMBIL MENGUMPAT PASTU MASA DIA MAU MAKAN PUDING MANGGA DIA TU TETIBA DIA BILANG 'AIII? MANA SUDAH SUDU KU???' APA LG AKU MATI2 KETAWA! TULAH TLAMPAU MENGUMPAT BARANGKALI SAMPAI WAITER HENSEM TU AMIK PINGGAN N SUDU DIA YG DPN BIJIK MATA DIA TU PUN DIA X SEDAR! PADAN MUKA KO TOTS! HWA3! HWA3! HWA3!








19 December 2008

Merayau pada 14-15-16hb sebelum blk kg pada 17hb Disember 2008!

Aku balik ke Sandakan pada 17hb Disember 2008! Memang busy n ‘jadual’ aku penuh sepenuh alam! Kebanyakkan masa aku habiskan bsama kawan yg bernama Radit ni… Thanks for everything!!! Ok let’s start!

14hb Disember… Kami ke Mid Valley… Wah ngam timing sebab masa tu memang happening teramat sgt rasanya kat situ… dahlah sesak ramai org, tengah berjalanz-jalanz dlm mall yg sebesar alam tu tetiba jatuh salji! Ya salji! Hwa3! X percaya ka? Tgk pics ni… apa lagi aku pun x lepaskan peluang lah posing dlm keadaan sejuk beku tu! ( konon )!!! Dinner time masa ni makan ntah apa lupa sudah… tapi kat tempat lain kalau x silap di Ampang kot… apa pun, MAKASIH RADIT!






15hb Disember… Kami ke Sunway Pyramid pulak… Kalau di Mid Valley tema Krismas dia ‘circus’ ala album Britney Spears terbaru tu, Pavilion tema Golden White Christmas, di Sunway Pyramid ni pulak ala Red Party! Semua hiasan Krismas dia berwarna merah, unik bin pelik tapi sangat menarik! Hwa3…. Masa kami merayau kat luar mall tu pulak terserempak ngan pembaca berita tv3 yg bnama Ann Raj tengah ready2 nak parking keta Honda Civic dia yg bernombor RAJ 5155! Wah ingat gitu! Lawa juga pempuan ni kalau tgk live! Hwa3! Hmmmm… hari ni sedih sgt aku rasa sb last dpt jumpa ngan Merlin! Dia fly ke London, aku pulak tahun dpn baru blk… tetiba sayu aku tgk n mau tinggalkan housemate yg byk knangan manis, pahit, gila2 tu! John Willey @ Wilma ngan Mohd Syazwan mamat klate yg digilai ramai pempuan tmasuk jantan! Hwa3! Gilak ko ni!!!!! SEE YOU OLS NEXT YEAR YA!!!!!! ( pesanan buat Wilma, bilik x kunci tu so jgn memandai jadikan bilik tu tempat maksiat okek! Hwa3 )






Eh??? Tetiba ada pic ni? Owh ni masa lepak keboringan kat pusat servis kereta BMW sb masa pulang dr Sunway Pyramid tu something problem with his BMW car... Lampu minyak enjin dia menyala rupa-rupanya minyak enjin dia dah low! Huh? Keta baru n servis pertama pun belum lagi dah low minyak enjin? Sabar Radit, harap2 kete ko xda masalah serius! Bawa btendang k... jgn ribut2! Hwa3...

16hb Disember… masa ni Radit byk jumpa client, last client dia jumpa kat Shah Alam, katanya hbs meeting nak bawa aku ke Hulu Langat cari buah-buahan! Kul 4pm akan sampai kat umah aku kalau jln x jem! Wah betul2 dia sampai awal so tpaksa dia menunggu aku agak lama gak sb esok kan aku blk kg so aku packing2 lah brg2 nak bawa sb mlm ni aku tido di Penthouse dia kat Cheras! Apa lg aku xtau brg2 apa yg tertinggal atau terbawa sb main baling2 sumbat2 terjun2 je smua benda dlm beg tu! Hwa3 sorry tpaksa menunggu lama! N terima kasih sb offer nak hantar aku ke KL Sentral subuh2 tu! Aku naik bus kul 4am, sampai LCCT kul 5.10am… nak online pun x sempat, ada gak org yg menunggu-nunggu aku online? Ada kan… sorry lah kalau x dpt or x sempat layan kamu ya… so sorry n apa pun, friendship never end!!!!!! Tanpa kwn2 akan sunyi hidup ini kan… tp tlalu ramai kawan takut jadi skandal pulak! Mcm mana tu ahhh?? Entahlah labuuuuuuuuu……………

17hb Disember… nah kapal ini lah aku naik! Last minit beli tiket smuanya rm377! Aduiii mahal kan… apalah nasib tp syukur dpt pulang walau kali ni aku x excited mau pulang bah…. Byk sebabnya n biarlah Tuhan saja yg tahu…… Haaaaa sampai je aku kat Lapangan Terbang Antarabangsa Sandakan, skali bukak hp terus masuk byk sms! Meriah pulak aku rasa sb tahun sebelumnya x lah byk or let’s say hp aku jarang2 bunyi gitu! Hwa3! Yg paling aku x dpt lupa ialah sms dr kwn pempuan aku yg gilak bekas 1 institusi ku dulu bnama Noreen bt. Abd Hari! Ada tu kat top friends aku di Myspace! Nah ambik mu! Hwa3! Adakah patut dia Tanya aku hidup lagi ke tak! Kuang hajaq! Hwa3! Kesian my mom n dad tgu lama di apot sb diorang yg jemput aku n sayu pulak aku rasa tp cover jak lah! I really love my parents!!!!! Sorry buat kamu tertunggu lama sb tu kapal slow maybe gara2 sesak penuh sgt penumpang2 blk kg! mcm pasar sudah aku tgk n inilah kali ptama aku tgk sesesak alam mcm tu sampai ramai yg tpaksa ‘gendong’ beg sb tempat beg di atas tu penuh sudahhhh! Hwa3 ( padan muka org2 tu! ) huhuhuhuhu tulah eksyen bagus2 ada bagasi xmau kasi masuk ngan harapan ‘kalau aku landing senang aku blah x payah tgu2 beg lain’ kan??? Nah ambik mu! Hwa3…

( Dlm kapal ni pun ada jugak iklan dua ekor ni! erk!!! Tapi hakikatnya aku suka pempuan kontroversi ni! Love ya!!!!!!! )

18hb Disember... tgh hari tu aku dpt sms dr kwn pempuan yg merupakan bekas gf housemate aku yg steward tu! Namanya Farahayu, pelakon utk drama yg disiarkan kat t.v1 tu aku dah lupa drama apa tp mukanya ni mcm cina n body dia memang model, tinggi pulak tu! Dia kata dia dpt lulus utk nak jd stewardess Air Asia n start kursus 26hb ni! TAHNIAH FARAH, NEXT TIME LEH SERVE AKU PULAK! HWA3.... baik dia ni... 1 kpala jugak!




14 December 2008

INDAHNYA ZAMAN PERSEKOLAHAN...

Budak2 yg lahir pd thn 90an mesti ingat
mase skola rendah dulu:

- Kat skola ade salesman jual buku
cerita. Ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.
Salesman susu pon camtu gak.

- Kat library, budak2 mmg PEGANG buku tp
just tengok gambar2 je. Bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku ala rajin ala ulat buku lah konon padahal mintak perhatian cikgu lebih2 lg cikgu yg diminati!

- RMT ( Rancangan Makanan Tambahan ) kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....

- Pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. Bertanding pensel box sape yg paling GRAND!

- Main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam. Padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- Pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- Cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.

- Bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.

- Time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh. Ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la... Kalau melukis pandai panjang leher n bijik mata pandai ke sebelah mau curi idea org bila xda idea!

- Main game 2D. Super Contra, Super
Mario ( siap hafal bunyi melodi lagu tu! ), Street Fighter, sume pakai tape.

- Jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- Takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- Balik skola beli JoJo xpon Dendang.
Tora pon best gak. Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon. X sdp!!!

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; Power Rangers, Ultraman,
Transformers, Ninja Turtles,
Thundercats, Maskman, Gaban, Suria Baja Hitam, Miss Comet ( my fav! ) dan mcm lg. Sailormoon mcm x wujud lg apa lg Dragon Ball...

Jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
smpt lyn bende2 ni. Kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent....

Ni la baru zaman kita kawan2

pas r kt member2 korang....
mesti diorg tersengeh2 bace mende nih...
hehehee...by PINO n edited by Tommy! hwa3




11 December 2008

BILA SESUATU BAHASA SUDAH DIMELAYUKAN, AKU PUN KETAWA MCM ORG GILAK!!! KLAKAR SYIALLL! HWA3

MAU PITAM AKU KETAWA!!!! HWAKAKAKAKAKAKAKA300000000000000000000000000!
BAH... MARI KITA NYANYI RAMAI2 IKUT JE LIRIK YG ADA TU OKAYYYY!!!
HWA3 MATI EHHHH!!!!





























09 December 2008

TANDA JATUH CINTA SUDAH??? 10 SIGNS IF YOU LOVE SOMEONE...

TEN: You feel shy whenever he/she is around.

NINE: You smile when you hear their voice.

EIGHT: When you look at them, you can't see the other people around you, you just see him/her.

SIX: He/she is all you think about.

FIVE: You realize you're always smiling when you're looking at him/her.

FOUR: You would do anything for him/her, just to see him/her.

THREE: While reading this, there was one person on your mind this whole time.

TWO: You were so busy thinking about that person, you didn't notice number seven was missing!!!

ONE: You just scrolled up to check & are now silently laughing at yourself. NOW MAKE A WISH. YOU KNOW YOU WANT TO FEEL THE LOVE BUT AFRAID OF IT! HMMMMMMM....





07 December 2008

Tahukah anda...

Tadi ( Sabtu ) aku lalu jln ke Sg.Besi area Bukit Jalil n ternampak 1 tapak projek bertajuk 'There is Hope / Adanya Harapan' n tajuk ni begitu besar terpampang kat tepi jalan! Skali aku teliti betul2 rupanya ianya sebuah projek pembinaan Pusat Konvensyen Gereja yg terbesar di Asia... berdekatan Stadium Bukit Jalil so sampai umah je aku terus cari kat internet n memang betul pulak! Kalau dulu pembinaan Kompleks Gereja terbesar di Asia Tenggara bertapak di Shah Alam dibatalkan atas sebab2 majoriti penghuni tempat tu, adakah majoriti penghuni Bukit Jalil bukan orang Melayu atau adakah disebabkan Pentadbiran telah diserahkan kepada Pembangkang yg lebih adil dan saksama ( sorry aku memang pembangkang )??? Tapi projek ni telah diluluskan sejak tahun 2004 yg menelan belanja RM 100 juta ( bukan duit rakyat tp hasil usaha pengikut agama Nasrani )... hampir tak percaya bila aku melihat kawasan pembinaan tu tadi sb memang sebesar stadium! Akan ada klinik persendirian, nursery, perpustakaan, auditorium utk konsert, blok utk mengerjakan sembahyang n yg pasti namanya ialah Calvary Convention Centre ( bukan 1 mazhab Kristian je yg boleh menggunakannya tetapi seluruh mazhab Kristian Lembah Klang katanya... )
Well bila lagi kan... di semenanjung ni blok atau bangunan beribadat Nasrani aku tgk kecik2 je kalau ada yg besar pun takda lah sampai terbeliak biji mata macam yg ada di Sabah n Sarawak tu! Adil lah sikit kan! Hakikatnya kita hidup di MALAYSIA ni bukan sbg 1 agama n bangsa je! Majukan diri sendiri dulu b4 membantah kepentingan org lain... lalalalalalalal!





Eh tetiba kuar pulak Shah Rukh Khan ni? Haaaaaa ni yg tidak patut bagi aku! Tahukah anda, tadi jugak merupakan hari dia ni mendapat gelaran DATUK sempena harijadi Sultan Melaka tu.... huh! Kalau tak silap sesiapa yg dah bergelar datuk akan mendapat rm5 ribu DUIT RAKYAT tiap2 bulan kan? Perlu ke nak bg kat dia ni? Apa sgt dia dah buat utk negara kita ni sampai takda pulak orang membantah pasal ni padahal dia ni bukan beragama Islam pon... pelik jugak aku budaya KEBANYAKKAN atau PEMIKIRAN org2 Malaysia KITA ni! hmmmmmmmmm..... Jaga tepi kain org, kain sendiri yg terlondeh, paling kurang pun sendiri punya kain diselak! Sendiri yg menyelak pulak tu! Inilah org kita kot! Kwang3
Ahhhhh WHATSOEVER!!!!



Owh ya the day before this, aku pergi tgk wayang ( n tetap p makan makanan Portugis tu ) yg berjudul Wild Child lakonan pelakon lawa seksi bernama Emma Roberts... Aku p ngan member n bf dia... huhuhuhuhuhuhuhu... Kami enjoy the movies n thanks to my friend... Siap ajak aku ke Ipoh pulak tu! Tapi aku kena mendapat persetujuan dulu! Sebab rasanya aku dah diambil orang! kwang3... No need to tell here lah! Cukuplah kami2 saling mengetahui kan.... Apa pun, kita tetap tahu siapa sebenarnya yg bertakhta dlm hati kita sebab hati kita sendiri lah yg rasa n tahu kan? kalau org tu tahu hati kita, leh rasa hati kita, MAYBE org tu lover kita, or maybe org tu Sahabat Sejati kita? Uwahhhh!!!! hmmmmmmmm.....




04 December 2008

Bukit Cherakah... ( ker Cerakah? )

Plan hari ni nak ke tempat tu di Shah Alam... tapi hujan pulak... Member tu pun x jadi p... dgr2 tempat tu ada 4 musim...kena sewa basikal utk merayau kat tempat tu... mcm best kan? Tak tau lah tak pernah p lagi ni... next time katanya... So plan lain pulak member ni nak ke K.L pulak nak amik pic xmas deco katanya... gitu! hwa3! Tp senyap je? Takpalah aku nak ke Mid Valley p makan makanan Portugis sana...
Bukan apa, smlm masa nak dinner ngan Radit, tempat tu dah kehabisan makanan ( laku )! Sempat gak aku intai2 menu dia n memang mcm sedap! So dah kehabisan pulak jadi kami pun makan kat gerai area rumah dia kat Cheras... Sedap jugak! Pastu dia kata dia slalu menapau Nasi Ayam Dara ( nama gerai tu ) sb dia kata sedap n ayam dia bsr2 hanya rm4.80 je! Wah dah makan kat gerai sempat lagi singgah kat gerai 1 tu lagi utk menapau jugak! Memang sedap! Aku pun balun je kat umah kawan ni...
Sorry Radit, aku dah kata yg aku xnak ganggu masa ko kan? Unless kalau ko yg ajak aku kuar kan? N aku dah bgtau bebila kalau ko free just contact me... ( aku nak ke Mid Valley makan makanan Portugis yg ko syorkan tu, dah bgtau ko kan? ) hwa3... huuuuuuuuuu kesian aku kuar sorang2 kali ni...... lalalalalala




02 December 2008

Thank you my friend!

It's been a while... now it's Christmas season again! Apa lagi semua shopping2 complex yg besar2 pun berlumba-lumba mcm bertanding hiasan siapa yg paling hebat! Suasana mlm paling happening ialah di Bukit Bintang yg begitu bermandikan cahaya lampu hiasan... dari dlm kedai sampailah ke luar n tepi2 jalan! hwa3!
Actually aku enjoy n terlalu letih mengambil gambar, all this photo was taken on the first of December 2008 but just uploaded it today coz i was so tired to open my page n to update my blog! ehemmm.....


1 Disember aku set jam kul 12 tgh hari sb ada janji ngan kawan aku nak lunch sesama! Rupanya aku lupa tukar 'am/pm' alarm tu so terset jam 12 am pulak jadi dipendekkan cerita, memang aku tak terbangun-bangun sampai call yg ke 22 kawan aku tu baru aku terjaga! Janji jumpa kul 1 pm n dia dtg tlg amik aku! Last2 kul 2.30 baru dpt jumpa dia n dia memang dah tunggu parking agak lama gak tu! SORRY MY FRIEND! hwa3...
Ok tempat kami plan nak lunch is KFC Mid Valley... Ni perhiasan xmas kat Mid Valley lah ni...


Ni pic aku curi2 amik ( sorry Radit! ) lepas mamam KFC sb aku xtau pulak yg dlm masa yg sama tu kwn aku ni ada plan nak jumpa org sebab org tu nak sain agreement! Kwn aku ni ada 3 rumah so dia sewakan kat penyewa student dari negara Yemen yg study kat sini... Punyalah lama kami tunggu last2 sampai gak mamat 2 org pak arab tu! Susah sgt nak faham bahasa English diorang tp kwn aku ni faham pulak! Hwa3! So proses sain menyain tu berlaku kat starbucks... aku yg ngah bz menengok org sebelah yg dlm lingkungan 60an tahap datuk sedang khusyuk main game ular2 kat hp dia ( dlm keadaan ala rabun gayanya ), tetiba kene suruh isi borang sbg 'witnesses' diorang so terkeluarlah nama penuh aku yg sebenar dlm borang tu! Yay nama aku pelik bunyinya tau! Yg pasti Alanzo is my middle name! hwa3!


Sebelum perjalanan diteruskan ke Bukit Bintang, byk kali gak aku mintak tlg kwn aku ni carikan toilet! Aku bab tgk2 sign board toilet ni agak slow! Last2 kwn ni ajak ke toilet Jusco Mid Valley yg first time aku masuk namanya 'rest room' yg dkt kedai elektronik tu... Smua toilet full last2 aku masuk je toilet utk OKU! Lantak lah! Skali kat dlm aku tnampak pulak benda ni! Comel n sure aku x boleh duduk ( nasib baek tujuan nak kencing je, kalau aku ni kencing duduk xtau lah mcm mana kannnn! ) Comel tak bowl ni? Comel nape x comel...........


Selepas perjalanan ke Bukit Bintang yg begitu jammed, at last sampai jugak tempat yg dituju! ( lepas urusan ngan member yg tinggal kat blakang Radius Hotel selesai dlm 2 minit, kami ke Pavilion! ) Sampai sudahhhh!!!!! Ni hiasan dalaman dia... ( kureng! )


Tapi hiasan di luar Pavilion ni pulak yg mantap! Siap boleh naik pulak tu pokok xmas putih tu! Kwn ni kata nanti akan ada org2 'choir' bersusun kat pokok tu sambil menyanyi... bila agaknya tu kan... tringin pulak aku mau tgk! hwa3!


Nah sempat jugak berposing walaupun aku ni memang pemalu posing2 di khalayak umum ni! cehhhh!!!! Ramai je org tgk n aku rasa mcm something terpelanting time tu! hwa3! Then aku ngan kwn 'catwalk' ke Times Square pulak! Baru je kami melintas jln raya dpn Pavilion, tetiba ada org call bgtau yg dia nampak aku siap berposing tolak2 pinggang bukan main lagi! NAHHH SUDAH AKU AGAK ADA SOMETHING TERPELANTING TADI! Rupanya member aku org Sabah jugak namanya Fadzwan @ Khyle! ( baru habis gunting rambut n mau hantar kwn p kerja lah konon kan Fadzwan... ha'aaa yalah tu! ) hwa3!


Ini pulak hiasan dalaman Times Square... Biasa2 saja... Lupa pulak aku amik pic masa makan ice cream Robin Baskin di sini... Pilih2 flavor yg berperisa coklat last2 terpilih yg kureng sedap pulak tapi nama perisa tu bukan main power lagi mcm sedap je bunyi dia ( ntah apa namanya, lupa sudahhh! ) TAPI HABIS JUGAK DIBAHAM! Hwa3! Kami di sini kejap je then blah! Sempat gak singgah beli buah asam ( jeruk mangga ) n makan sambil ber'catwalk' nak ke area Sg.Wang...


Ni sengaja dikecilkan! Takut ternampak lambang MAXIS sbg penaja perhiasan dpn Sg.Wang ni! Aku masih geram Maxis ni!!!!!!! huh! Lain cerita, lepas je chop tiket parking dia kat California Fitness Bukit Bintang tu, kami pun gerak n p makan di tempat yg best di area Desa Pandan ( or Pandan Indah kot ntah aku ni bukan ingat sgt nama2 tempat yg hampir sama ni! hwa3! )


Ni lah kawan yg begitu baik n memahami kehendak n citarasa aku! Uikssss! Apa pun, thanks Radit! ( bukan nama sebenar! ) hwa3!



Lucu yg aku rasa masih lagi ada sampai skrg... apa tidaknya, ngah posing2 amik pic ni ( amik sendiri ) tetiba ada org putih lalu dpn kami offer utk tlg kami amik pic! Laki bini pulak tu! Terkejut jugak aku tp what a nice person org tu! Tq sir! Hwa3! ( kami ngan egonya kata 'no no it's ok tq!' Uwahhhhh!!!!

Uiksss penat aku luah n share ni.. kalau nak teruskan sure byk lagi tp takkan semua benda nak masukkan dlm blog ni kan? ( aku tunggu2 hujan sb awan dr tadi merah, angin dr tadi bertiup sejuk tapi x hujan2 jugak! So aku tido dulu lah harap2 esok x hujan sebab plan mau dinner lagi ni! hwa3! ) hmmmmmm........ Aku rasa lepas ni akan ada org kata yg aku ni memilih 'org' kalau berkawan... eh betul ke? Suka hati korang lah! Yg aku tau aku memilih kwn yg nice attitude n org yg teramat low profile, down to earth n yg pasti org yg membuatkan aku rasa HAPPY bila berkawan! Happy means buat aku gelak, ketawa, enjoy, heran, pelik, best n menyokong aku masa aku 'mengumpat hal2 yg patut!' hwa3! hmmmmmm.... NITE! GBU ALL...





01 December 2008

HARI AIDS SEDUNIA ( WORLD AIDS DAY )

Hari ini ialah hari yg membuatkan aku terkenangkan akan member yg telah meninggal dunia akibat aids/h.i.v... Patutlah hari ni drama kat tv asyik pasal AIDS je! Aku lupa akan hari ini iaitu Hari AIDS Sedunia... ni pon kwn aku yg bgtau melalui tepon ntah mcm mana boleh borak2 tetiba timbul bab ni! Haaaaaaaaa.... Erk!
Member yg meninggal tu sgt kesian... Dah lama gak dia keja kat kl ni... badan mcm biasa je cuma nampak agak makin kurus je... tgk mcm sihat je... aktif.... ceria... tetiba dia kata sakit kepala... tetiba pengsan n koma! Tetiba meninggal dunia... cepat je sgalanya! Rupanya doktor tu kata dia punya hiv dah sampai otak... serang otak dia n memang baru dpt dikesan! Menakutkan sungguh! Dahlah dia ni hensem... cara hidup dia tu aku xtau sosial atau x tp yg pasti ramai peminat dia... semoga rohnya dicucuri rahmat... amin! Yg sorang tu pulak tetiba sakit perut, cek2 doktor kata paru2 berair... tetiba doktor kesan ada hiv n ngah serang paru2 dia n antibodi dlm badan dia smakin lemah! Skrg pun dah meninggal juga... smakin hari smakin menakutkan keadaan sekeliling kita... Kalau ada org yg risau, lakukanlah sesuatu! Bukan pasal penyakit saja tp jugak pasal bom sana bom sini mcm yg baru ni kat hotel di Mumbai! Apalah sgt nilai nyawa manusia sampai hanya gara2 nafsu semua malapetaka tjadi....
Ahhhh susahnya nak kata n luah! Baik kita jaga diri sendiri n jaga hati sesama selagi hidup di bumi yg 1 ni! Sb mati nanti pasti ada 2 tempat je kita tuju sama ada syurga atau neraka, diri sendirilah usaha n Tuhan saja menentukan ok!
Ok lah aku nak tido dah ni... sedih2 aku pon ada jugak org yg sudi nak belanja makanan kegemaran aku ni iaitu KFC, that's where i want to be!!!! Ehhh??? Sudah tukar ka??? KFC, sedap hingga menjilat jari! Ya! hwa3!
Ala dia ni kawan aku yg aku rasa memang kawan yg baik... nbr 5 daripada friends list aku kat myspace tu! Nasib kami hampir sama saja bila rasa kesunyian pasti akan terkenangkan kenangan silam! Huaaaaaaaaaaaaaaa sabar jelah Radit! ( wei jgn lupa Call aku sampai aku bangun utk lunch yg ko janjikan kat mid valley tu! ) hwa3!
Thank You my friend for remind me bout the World Aids Day today n for the idea to spend me the KFC! ( ko rasa ada org jeles tak lepas aku share kat blog aku ni? Inilah gunanya blog! Tapi aku harap ex ko tu yg tinggal 1 tmn ngan aku ni tak terbaca sb kalau dia terbaca aku takut dia 'baca2' kat aku pulak! Pendingding aku x kuat lagi! hwa3 )
hmmmmmm....... JAUHKANLAH SGALA JENIS BALA KAT AKU, KELUARGA AKU DAN KAWAN2 YG BETUL2 ANGGAP AKU SBG KAWAN MEREKA DAN KELUARGA MEREKA!!!! AMINNNNN......