Showing posts with label linda jasmine. Show all posts
Showing posts with label linda jasmine. Show all posts

13 February 2009

LINDA JASMINE TAK KENA BAN???

Aku pelik dengan artis2 Malaysia ni... Kadang2 bosan n x berminat nak dengar berita diorang! Kalau dulu Datuk Siti Nurhaliza dipertikaikan cara mengenakan tudung yg kononnya hanya tudung menutup aurat sahaja dibenarkan Islam ( sb tetiba Siti muncul dgn imej bertudung 'full' tanpa nampak sehelai rambut dulu, ramai member aku yg frust tmasuklah aku gak, then tetiba skrg dah ala2 nak bukak tudung semula sebab diorang bagi nama tudung Siti tu sbg tudung sangkut! Apa taknya, tudung tu kelihatan mcm main sangkut je kat rambut! Apa pun aku tetap suka Siti cuma bila sebut pasal tudung ni, tringat aku betapa susahnya pelajar2 Islam kat universiti Barat yg mahu bertudung tapi tpaksa buka atas undang2 universiti tu, kat Malaysia pulak tudung ni hanyalah perhiasan sahaja... Gerak Khas masa Abby Abadi tak pakai tudung pun aku sempat tgk gak, tetiba aku tgk Gerak Khas ntah bila dulu dia dah bertudung, pastu skrg? Isk pelik aku rasa! ) Kalau dulu Faizal Tahir bukak baju tayang body yg sebenarnya tak seksi tu kena banned dan kena suruh banned oleh org2 kuat dlm industri seni tanah air keruh Malaysia ni, Pussycat Dolls kena saman pada konsert ke 2 diorang kat Malaysia sb melanggar etika berpakaian di Malaysia ( aku rasa teruk sgt lah nak menyaman org sb seksi ni sb kalau x suka janganlah tgk, org lain masih nak tgk n tgk pon xda feeling ghairah sgala sb x terfikir pon kan? kalau terfikir tu nasibah... ni ada pulak nak menyaman org sb pakai seksi dah sah2 kita tahu cara pemakaian diorang mcm mana, hampeh betul lah sesetengah org2 Malaysia ni, duduk dlm hutan lagi baik pergilah menikmati keseksian alam kat hutan habis cerita! huh! )
Apa pun aku respect Mariah Carey sb setuju ikut syarat2 yg ditetapkan Kementerian Kesenian dan Pelancongan Malaysia n Kementerian Kebudayaan dalam etika berpakaian atas pentas masa konsert dia dulu... ( nak galakkan pelancong dtg Malaysia tapi artis2 ternama luar negara pon terpaksa berfikir panjang kalau nak dtg! Dulu Mariah Carey x jadi dtg masa konsert dia kat Singapura then nak ke Malaysia tapi cancel atas sb dia kata kalau boleh 'diorang' nak dia pakai selimut sambil menyanyi di negara yg panas, kenyataan dia dlm majalah Celebrity dulu, menyindir Malaysia lah tu, tp memang x patutlah pakaian dia pun nak kena kawal oleh Malaysia, mcm bukan konsert dia dah! Last2 dia buat konsert pakai pakaian biasa ngan jeans je, TETAP NAMPAK SEKSI JUGAK! Takdemaknanyeeeeee )
Eh sikit lagi aku lupa oooo! Aku nak senaman mulut pasal Linda Jasmine sbenarnya ni... Dia ni memang lawa, kulit putih gebu, body mcm org belum pernah ada anak, pandai menari, pandai bergaya, pandai memilih pakaian.... Huh? Pakaian??? Hwa3! Tgk baju yg dia pakai ni.... takde ke para 'alim' dlm industri seni kita ni nak saman kalau pakaian mcm ni? Rasanya semua org tutup mulut je lah sb yelah dia kan pempuan, bukan mcm Faizal Tahir... Syukurlah baju dia ni tak dipakai secara terbalik... Apa pun Linda Jasmine tetap seksi walau dia pakai baju kurung skalipun! Trust me! Hwa3




Esok hari persandingan dia ngan Que Haidar kat Ampang, mesti meletop punya! Semoga bahagia sampai ke anak cucu ya! Harap2 x jadi mcm artis lain yg habis duit ribu2 gara2 nak majlis yg grand tp di pertengahan jalan bercerai pulak! Baik sedekah je duit majlis tu kpd org2 miskin, byk lagi pahala daripada bala! Sb tu hidup biar sederhana dan yg penting biarlah buat sgala sesuatu itu dgn ikhlas....

Aku bukan nak komen cara hidup artis2 atau cara berpakaian diorang, terpulanglah kat diorang, aku cuma luahkan rasa x puas hati aku kat cara berfikiran dan penerimaan golongan2 berpengaruh dlm industri seni tanah air kita je... begitu jugak dgn cara pemikiran rakyat Malaysia... Aku cuma masih marah n geram dgn kwn aku kat Indon tu dia kata tgk sehati berdansa punya pakaian gara2 nak tutup aurat sgt dah jadi mcm badut, tgk Siti Nurhaliza menyanyi n menari pakai tudung full tapi mekap heavy n baju heavy dah nampak mcm alien, tgk penari2 latar show2 kat tv Malaysia mcm takda taste dia punya tukang pilih baju sb si pempuan tu pakai baju singlet je tapi ada lapis dlm baju sendat kaler itam panjang lengan betul2 mcm pencuri yg jumpa baju singlet terus pakai baju tu sampai berlapis! EEEE BYK LAGI LAH DIA KUTUK, AKU NAK MARAH LEBIH PON X GUNA SB APA YG DIA CKP TU BETUL! KALAU NAK BERFESYEN TUTUP AURAT SGT, BAIK JGN KUAR KAT TV ATAU DLM KATA NAMA LAINNYA... JANGAN JADI GLAMOR! JADILAH INSAN BIASA, ANAK, IBU DAN AYAH MITHALI, ( WALAUPUN IBU BAPA SKRG NI RAMAI YG LEBIH GLAMOR DRPD ANAKNYA ), JADILAH MANUSIA YG SEDERHANA DLM APA JUA TMASUK JASMANI, EMOSI, ROHANI, INTELEK DAN SOSIAL.... boleh? boleh bla! ( bla apa? blajar or blasah lu pikir lah sendiri!) Hwa3



11 February 2009

Temani Dj KLFM ke Masjid India...

Semalam aku temankan kwn aku yg gilak iaitu Dj Andy ke Masjid India untuk membeli Baju Melayu kaler silver sb dia nak samakan ngan tema org kahwin kat Ampang Sabtu ni... aku tanya bukan perkahwinan Linda Jasmine ngan Que Haidar then dia kata bukan! Yang pasti dia jadi mc pada majlis tu! So okek at last kami jumpa baju tu kat KAS Tailor, tu pon aku yg tunjuk baju tu tp memang lawa lah baju tu! Siap beli samping ngan songkok ngan capal si Andy ni mcm dia yg nak kahwin! Kebetulan kedai tu pasang radio KLFM so proses suai kenal pun bermula! Owner kedai tu siap bgtau Joe Radzwil ngan dj pempuan KLFM tu pon dtg kat kedai diorang beli kat situ! Uwahhh gitu! Apa pon, lepas suai kenal, tukar2 kad, tawar menawar pun bermula dan last2 berjaya gak Andy ni mendapatkan diskaun yg maybe x pulang modal si empunya kedai tu! hwa3!


Masa ni hujan lebat gilak, lepas je selesai kat KAS Tailor tu kami ke Semua House! Wah dah lama aku x masuk kat shopping mall ni.... Dia nak cari labuci2 utk lekat kat songkok dia! Kami ke Olex tapi masa tu kedai tu tutup pulak so kami pun pusing2 cari benda tu last2 tjumpa gak kat bwh kedai tu... sama gak! Sesi tawar menawar yg at last uncle kedai tu kata CONGRATULATION! Aku mati2 ketawa, hebat lah ko ni Andy @ Din!!!
Kat kedai Olex ni rasanya para penggemar Tiara ngan Mahkota ngan benda2 berkilau ni pasti tahu kedai ni kat mana!

Depan kedai ni ada kedai pakaian yg mana modelnya begitu besar megah terpampang kat dinding kedai pakaian tu... nama model lelaki ni si Arie, pempuan ni pulak si Rozita kot? Whatever! Yg pasti dahlah gambar diorang besar gilak, cover2 lah sikit kelemahan tu... nak tahu kelemahan apa? Tgk ni! Lawa je kan? TAPI kalau tgk dekat2 gigi si model lelaki tu, buruk bukan pasal susunan giginya tapi memang buruk giginya itu! Hwa3 ( jahatnya aku! ) sorry Arie! Nanti aku blanja ABC! Hwa3! Apa pon dia memang model yg berbakat! ( ketawa manja sambil tutup mulut guna dua jari )!

So lepas urusan kat Masjid India selesai kami pon blah nak cari makan! Sebelum tu sempat gak aku tanya Andy kalau Masjid China ada tak? Selamba je dia kata ada kat Petaling Street! Choi mcm lah aku x pernah ke Petaling Street! Byk lah ko punya Masjid China kat sana! Hwa3! Sebut pasal makan dia janji nak bawa aku ke Kg. Baru tapi last2 tersangkut pulak kat Pelita Nasi Kandar dkt KLCC! Apa pun i ok je! Hwa3! Thanks to Mr Andy sb membelanja aku makan kat situ! Tu kali ke 2 aku makan sana sepas pernah skali dulu tahun 2006! Selepas je acara makan mlm, kami kena pergi sesi photoshot pulak kat KLCC, letihnya tapi xpe dia kata bayaran dia RM 5200, bahagian aku RM 2000 je sb dia kata dia yg memperkenalkan aku, takpelah syukur asal ada je lah kan? Sape nak bagi wei! Erkkkk!!!!! ( gilak ko ni Andy! choiiii! ) Pic photoshot tu x boleh pamer kat blog! Nanti kena saman! Pamer yg ala manja jak! Hwa3!

Eh ni kat bwh ni apa? Owh inilah ZOUK tempat org clubbing2.... saje teringat si Miss Vivie yg nak dtg KL kunun so kami plan bawa dia ngan kakak dia ke pub ni, x pon ke pub Blue Boy or La Queen jak! Isk dah bertahun aku x ke pub! Hwa3!

Eh lupa sudah, masa shooting kat KLCC tu ada kapel ni yg sgt sweet posing dkt kitorang gak tapi aku rasa pelik sb kata Andy, si lelaki tu nak amik pic ngan aku tp masa tu aku bz so buat2 x prasan je lah yeeee.... hwa3! Sedar x sedar si Andy pulak yg jadi camera man utk kapel tu! Siap suruh kapel tu posing2 padahal kapel tu mintak tlg amik pic diorang sebanyak 2 kali je, tapi oleh sb Andy sgt kreatif bab amik pic ni jadilah 6 keping pic kapel tu dgn posing yg berlainan! Cuma aku x boleh tahan tu mcm Mr.Bean pulak bila dia suruh kapel tu membelakangi dia kononnya kapel tu pandang KLCC so dia amik pic dr blakang ( was2 gak muka kapel tu aku tgk yelah takut dia bawa lari kamera diorang! Hwa3 )!!! 1 lagi posing yg kapel tu diarahkan buat oleh Encik Andy ni ialah adegan bercium! NAH BERCIUM GITU!!!! Aku pon pantang lepaskan peluang time tu utk amik pic kapel tu bercium! Gilak2!





WHAT A CRAZY NIGHT WITH DJ ANDY! ( wei Din, 14hb ni jgn lupa aku pasal shooting video clip kat Angkasapuri tu! ) Hwa3 mau jugak!