11 February 2009

Temani Dj KLFM ke Masjid India...

Semalam aku temankan kwn aku yg gilak iaitu Dj Andy ke Masjid India untuk membeli Baju Melayu kaler silver sb dia nak samakan ngan tema org kahwin kat Ampang Sabtu ni... aku tanya bukan perkahwinan Linda Jasmine ngan Que Haidar then dia kata bukan! Yang pasti dia jadi mc pada majlis tu! So okek at last kami jumpa baju tu kat KAS Tailor, tu pon aku yg tunjuk baju tu tp memang lawa lah baju tu! Siap beli samping ngan songkok ngan capal si Andy ni mcm dia yg nak kahwin! Kebetulan kedai tu pasang radio KLFM so proses suai kenal pun bermula! Owner kedai tu siap bgtau Joe Radzwil ngan dj pempuan KLFM tu pon dtg kat kedai diorang beli kat situ! Uwahhh gitu! Apa pon, lepas suai kenal, tukar2 kad, tawar menawar pun bermula dan last2 berjaya gak Andy ni mendapatkan diskaun yg maybe x pulang modal si empunya kedai tu! hwa3!


Masa ni hujan lebat gilak, lepas je selesai kat KAS Tailor tu kami ke Semua House! Wah dah lama aku x masuk kat shopping mall ni.... Dia nak cari labuci2 utk lekat kat songkok dia! Kami ke Olex tapi masa tu kedai tu tutup pulak so kami pun pusing2 cari benda tu last2 tjumpa gak kat bwh kedai tu... sama gak! Sesi tawar menawar yg at last uncle kedai tu kata CONGRATULATION! Aku mati2 ketawa, hebat lah ko ni Andy @ Din!!!
Kat kedai Olex ni rasanya para penggemar Tiara ngan Mahkota ngan benda2 berkilau ni pasti tahu kedai ni kat mana!

Depan kedai ni ada kedai pakaian yg mana modelnya begitu besar megah terpampang kat dinding kedai pakaian tu... nama model lelaki ni si Arie, pempuan ni pulak si Rozita kot? Whatever! Yg pasti dahlah gambar diorang besar gilak, cover2 lah sikit kelemahan tu... nak tahu kelemahan apa? Tgk ni! Lawa je kan? TAPI kalau tgk dekat2 gigi si model lelaki tu, buruk bukan pasal susunan giginya tapi memang buruk giginya itu! Hwa3 ( jahatnya aku! ) sorry Arie! Nanti aku blanja ABC! Hwa3! Apa pon dia memang model yg berbakat! ( ketawa manja sambil tutup mulut guna dua jari )!

So lepas urusan kat Masjid India selesai kami pon blah nak cari makan! Sebelum tu sempat gak aku tanya Andy kalau Masjid China ada tak? Selamba je dia kata ada kat Petaling Street! Choi mcm lah aku x pernah ke Petaling Street! Byk lah ko punya Masjid China kat sana! Hwa3! Sebut pasal makan dia janji nak bawa aku ke Kg. Baru tapi last2 tersangkut pulak kat Pelita Nasi Kandar dkt KLCC! Apa pun i ok je! Hwa3! Thanks to Mr Andy sb membelanja aku makan kat situ! Tu kali ke 2 aku makan sana sepas pernah skali dulu tahun 2006! Selepas je acara makan mlm, kami kena pergi sesi photoshot pulak kat KLCC, letihnya tapi xpe dia kata bayaran dia RM 5200, bahagian aku RM 2000 je sb dia kata dia yg memperkenalkan aku, takpelah syukur asal ada je lah kan? Sape nak bagi wei! Erkkkk!!!!! ( gilak ko ni Andy! choiiii! ) Pic photoshot tu x boleh pamer kat blog! Nanti kena saman! Pamer yg ala manja jak! Hwa3!

Eh ni kat bwh ni apa? Owh inilah ZOUK tempat org clubbing2.... saje teringat si Miss Vivie yg nak dtg KL kunun so kami plan bawa dia ngan kakak dia ke pub ni, x pon ke pub Blue Boy or La Queen jak! Isk dah bertahun aku x ke pub! Hwa3!

Eh lupa sudah, masa shooting kat KLCC tu ada kapel ni yg sgt sweet posing dkt kitorang gak tapi aku rasa pelik sb kata Andy, si lelaki tu nak amik pic ngan aku tp masa tu aku bz so buat2 x prasan je lah yeeee.... hwa3! Sedar x sedar si Andy pulak yg jadi camera man utk kapel tu! Siap suruh kapel tu posing2 padahal kapel tu mintak tlg amik pic diorang sebanyak 2 kali je, tapi oleh sb Andy sgt kreatif bab amik pic ni jadilah 6 keping pic kapel tu dgn posing yg berlainan! Cuma aku x boleh tahan tu mcm Mr.Bean pulak bila dia suruh kapel tu membelakangi dia kononnya kapel tu pandang KLCC so dia amik pic dr blakang ( was2 gak muka kapel tu aku tgk yelah takut dia bawa lari kamera diorang! Hwa3 )!!! 1 lagi posing yg kapel tu diarahkan buat oleh Encik Andy ni ialah adegan bercium! NAH BERCIUM GITU!!!! Aku pon pantang lepaskan peluang time tu utk amik pic kapel tu bercium! Gilak2!





WHAT A CRAZY NIGHT WITH DJ ANDY! ( wei Din, 14hb ni jgn lupa aku pasal shooting video clip kat Angkasapuri tu! ) Hwa3 mau jugak!





4 comments:

  1. tommy kawan2 ko keja RTM ka?Ko plak?

    ReplyDelete
  2. aku pon RTM N TLDM...
    Rehat Tido Makan
    Tido Layan Dan Makan...
    hwa3

    ReplyDelete
  3. Hwa..hwa hwa.....lawak juak si Bro Tommy ek?...masuk raja lawak aku vote..hihihi

    ReplyDelete
  4. Hwa2...aku baru terbaca ni blog kau...hahahaha gelak sakan aku di rumah ni..ok lah, aku nak bersiap p masuk konti ni..kena konti lagi ptg ni..dada...

    -DJNDKLFM

    ReplyDelete