16 February 2009

BERTAHAN WAHAI YB ELIZABETH! TU SEMUA TAKTIK KOTOR KERAJAAN / UMNO!

FEB 16 – Inilah kenyataan demi kenyataan yang dibuat kepada YB Elizabeth Wong, Adun Bukit Lanjan, berikutan tersebarnya gambar beliau sedang tidur dalam keadaan kurang sopan.


Media mulai beberapa hari lalu menerima gambar-gambar ini. Yang menariknya, hanya media yang ada kaitan dengan parti-parti dalam BN yang menerima gambar ini.


Malam tadi, 15 Februari, Elizabeth membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya. Mengikut Datuk Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Selangor, kenyataan itu ringkas sahaja dan pihaknya akan mendapatkan kenyataan lebih lanjut dari Eli selepas ini.


Sebelum akhbar The Sun menyiarkan kisah ini, orang ramai tidak mengetahuinya. Namun selepas disiarkan muka depan hari ini dan laporan polis Eli pada malam tadi, semua pihak mula memperkatakannya.


Sebagaimana dijangka (mungkin sudah ada dalam skripnya), bekas MB Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo membuat kenyataan mendesak Eli meletakkan jawatan.


“Ini adalah isu moral, samada gambar itu diambil dengan kehendaknya atau tidak, itu soal lain.


“Saya tidak boleh menerima seorang Adun yang dipertikaikan moralnya,” kata Khir sebagaimana yang dilaporkan laman web ini.


Di pejabat kerajaan negeri Selangor, Eli resah menerima tekanan ini. Beliau terkejut dan tidak sangka sampai begitu sekali usaha akan dibuat untuk menjatuhkan kerajaan negeri beliau. Eli adalah salah seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor.


Sebagaimana yang diketahui banyak pihak, selepas Perak, BN sedang menggoncang beberapa kerajaan negeri Pakatan yang lain termasuklah Selangor dan Kedah.


“Tetapi beliau tidak sangka sampai begitu rendah sekali moral pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negerinya,” kata sumber yang rapat dengan beliau.


Persoalannya senang sahaja. Gambar yang disebarkan itu adalah gambar Eli sedang tidur. Beliau tidak tahu dan tidak membenarkan gambar itu diambil apatahlagi diedarkan. Menurut sumber, bekas teman lelaki beliau yang mengambil gambar itu.


Komen-komen dalam blog (termasuk laman ini) menyifatkan tindakan Khir Toyo mendesak Eli meletakkan jawatan atas isu moral sesuatu yang sangat tidak wajar dibuat.


* Sejak bila, sesaorang yang telanjang dalam bilik tidur sendiri dianggap salah.


* Dia bukan ada suami, lainlah kalau dia seorang Muslim.


* Membandingkan dengan Chua Soo Lek tidak masuk akal langsung kerana Eli tidak berbuat apa-apa berbanding video Chua.


* Saya yakin, Khir akan menyalahkan anaknya jika anaknya dirogol nanti.


* Usahanya untuk menunjukkan dialah jaguh menjelang perhimpunan agung Umno.


Inilah komen-komen terhadap Khir Toyo apabila beliau membuat kenyataan yang mendesak agar Eli meletakkan jawatannya.


Persoalannya, apakah Khir sedar dengan komen-komen ini? Atau kalau dia membacanya, apakah dia akan insaf dan memperbetulkan kenyataannya?

Saya yakin, sebagaimana pemimpin BN di Perak, Khir tidak akan sedar dan tidak akan menghentikan cara berpolitik yang diambilnya kini. Selepas ini, Khir akan berarak lagi (mungkin ke Bukit Lanjan) untuk menceritakan kepada orang ramai “Elizabeth Wong tidur telanjang dalam biliknya”.


Besar kemungkinan juga beliau akan memimpin Pemuda Umno yang menyokongnya berarak ke Istana Melawati sekali lagi mendesak Sultan Selangor agar menitahkan supaya Eli meletakkan jawatan kerana memalukan baginda Sultan.


Di samping Khir Toyo, saya yakin akan ada juga para penyokong Pakatan Rakyat sendiri akan digunakan untuk menekan Eli.


Untuk, saya suka menyebut di sini “Eli, jangan letak jawatan”.


DULU ORG RAMAI PERTIKAIKAN BERAPA BYK GAY YG MENGANGKAT SUMPAH DLM MASJID TU KENE BYR UTK MENGAKU DILIWAT YG AT LAST DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TETAP MENANG UNDIAN RAKYAT YG TELAH MENYAKSIKAN SIARAN LANGSUNG ANGKAT SUMPAH DLM MASJID YG DIBATU APIKAN OLEH MEDIA2 MALAYSIA LEBIH2 LG TV3! LEPAS NI SULTAN PERAK DAH TAK DIDAULATKAN RAKYAT SENDIRI SB MENGANGGAP DIRI MCM AMERIKA GUNA KUASA VETONYA MELANTIK IKUT NAFSUNYA JE, LEPAS NI APA? SAMA-SAMALAH KITA MELIHAT ISU SEMASA MALAYSIA YG SUCKS NI! DAH KAYA X CUKUP NGAN KEKAYAAN MALAH NAK MENJAHANAMKAN ORG LAIN PULAK, KALAU SEMUA YB OR DATUK OR TAN SRI OR MENTERI OR EVEN SULTAN TU BETUL2 BAIK, TAKDALAH WUJUDNYA ORG2 MISKIN KAT KAMPUNG2 DLM MALAYSIA NI TP ADA DIORANG NAK AMIK TAHU? TAK! DIORANG LEBIH SUKA MENAMBAH KEKAYAAN DGN MEMISKINKAN ORG LAIN... OPST SALAH KE AKU CKP? AHH AKU TAK TAKUT! ADA AKU KESAH? COME N BLOCK MY BLOG! DAH TABIAT ORG MALAYSIA YG KEBANYAKKANNYA SUKA MENYEKAT N MEM'BAN' SESUATU YG DIANGGAP MENGANCAM 'KEPENTINGAN' DIORANG! HWA3! SILA3... AKU KERJA NGAN KERAJAAN PON TAK SEMESTINYA MENYOKONG KERAJAAN YG SAH2 ADA AGENDA BURUK NI.... WELL THIS IS MY BLOG, THE OWNER OF THE BLOG IS AMERICAN, SO I CAN SAY WHATEVER I LIKE KAN? YG X SUKA TU SILAKAN BAN OR U MAY GET LOST FROM HERE!

OWH DLM KESEMPATAN EMOSI NI, I WANNA SAY CONDOLENCES TO THE TOP SINGER DATUK SITI NURHALIZA... HER BELOVED FATHER WAS PASSED AWAY LAST NIGHT DUE TO THE HEART ATTACK... DEEPEST CONDOLENCES....







7 comments:

  1. bias lah Tom...semua bahan terbiatn dah dikontrol BN..mana ada dia bagi peluang pembangkang duduk selesa...akhbar suara pakatan dan harakah pun dirampas di negeri2 selangor, perak n kedah sana kerana mereka tak mau rakyat dapat maklumat terkini dari pembangkang tentang kerja2 buruk dan tidak beretika yg mereka lakukan...

    ReplyDelete
  2. tu komen member myspace aku! memang betul tu! kerajaan malaysia ni tak hbs2 nak mem'ban' dr dulu lagi! rasa terancam ke? semestinya! takda keyakinan diri betol! iskkk teruk MALAYSIA ni! nak bangga jd rakyat malaysia pon kena fikir 2 kali! syukur je lah negara ni x aman dr segi politik tp dr segi bencana alam tu save sikit! n thank God for that! huh!

    ReplyDelete
  3. this politics is getting uglier... apa dah jadi ngan negara kita nie???

    ReplyDelete
  4. saya tak rasa itu taktik kotor sebab yang dedahkan gambar elizabeth ialah teman lelakinya sendiri, si Hilmi, hope u semak betul2 fakta jangan tuduh membuta tuli..

    fariz

    ReplyDelete
  5. walau apapun...kami sentiasa menyokong Yb Eli dan sentiasa bersama beliau dlm menjatuhkan kerajaan BN dan menjaga kebajikan rakyat Selangor!!!

    ReplyDelete
  6. Tahniah terjumpa blog adik. tahniah sekali lagi.

    ReplyDelete