27 December 2008

ADUI HAI MLM NATAL! ( CHRISTMAS EVE )

( Sorry baru update blog, bz siot!!! )
Malam menjelang natal aku dan sekeluarga pergi smayang lah konon kat Gereja Sangti Maria ( St. Mary ) yg dulunya hanya sekadar gereja biasa tp skrg dah byk perubahan n 'dinaik taraf' statusnya menjadi Katedral n bukan lagi disebut gereja! So Sandakan sekarang sudah ada Katedral sendiri ( gereja besar @ institusi keagamaan ) n setahu aku kalau mengikut kelayakan ( standard org putih ) utk mendapatkan nama 'Katedral' ni umatnya or ahlinya mesti sampai 100 ribu org dlm kawasan penduduk tu baru boleh diiktiraf sbg Katedral! Aku xda kira lg jumlah penduduk di Sandakan yg beragama Kristian ni tp apa pun nama gereja aku ni skrg ialah Saint Mary's Cathedral... hwa3


Ni lah dia pic Katedral St. Mary, Sandakan, Sabah... yg 1 tu gua kecil yg dikorek drpd dinding bukit yg terdapat d kawasan Katedral ni... atasnya ada gua kecil tempat patung Maryam ( nama org putihnya Mary, namanya d Indonesia n Malaysia sudah diselaraskan dlm bahasa Melayu atas persetujuan n kesepakatan umat sbg Maria )! Paderi boleh masuk dlm gua ni ( bukan dlm pon ) n mengadakan upacara keagamaan yg besar pada hari2 tertentu bila 'target' umat yg dtg boleh memenuhi 1 stadium! hwa3 ( maksudnya kalau upacara keagamaan yg besar sure x muat 1 Kathedral tu so upacara dilakukan di hadapan gua sb kawasannya memang luas seluas alam!
Sebut pasal ramai ni, mlm tu spatutnya smayang @ misa mula kul 9pm, kul 8pm kami dah sampai tp ya rabbi punyalah penuh xda tempat duduk dah! Padahal masa smayang dah dibahagikan ke gereja2 Katolik yg lain gak tp maybe umat makin ramai even ramai gak yg dah convert! hwa3! Pelik knapa boleh begitu ramai padahal hari2 Ahad smayang biasa xda pulak muka2 diorang yg jambu2 ni dtg, kalau hari besar je muncul maybe keluar dr hutan kot! hwa3! Sabar jelah..... Smayang mlm tu dlm Bahasa Inggeris, esoknya pon ada gak smayang kat tempat ni tp dlm Bahasa Melayu! Kami tak pergi yg BM punya sb dah serik tahun2 tpaksa catwalk jauh sb xda parking, org pulak betimbun mcm semut sampai nak gerak pon susah! bayangkan! ( maksud aku bayangkan haruman aroma terapi tu ) aduiii pengsan je tak! Apa pun syukur kpd Allah! ( sorry sebutan ni dibenarkan dlm kerajaan Malaysia dan Indonesia sb walau apa pun Allah tetap Tuhan kan cuma pengertian n penerimaan org2 yg x seiman mestilah lain n merasa pelik! Lu pikir lah sendiri!!! ) hwa3!!!!!!


Sempat gak aku merayau amik pics! Aku merayau masa smayang x start lagi lah kan ada sejam lg aku kene tgu so aku boring lah tu! Sbenarnya byk lg pics tp motif aku nak sumbat byk2? Bukan ada markah pon! hwa3!
SELAMAT HARI KRISMAS @ HARI NATAL N VERSI OMPUTEHNYA MERRY CHRISTMAS! Versi arab apa agaknya ah? hwa3



2 comments:

  1. Salam,

    Bha sori lambat wish kat ko.

    Merry christmas and Hepi new year.

    ReplyDelete