07 December 2008

Tahukah anda...

Tadi ( Sabtu ) aku lalu jln ke Sg.Besi area Bukit Jalil n ternampak 1 tapak projek bertajuk 'There is Hope / Adanya Harapan' n tajuk ni begitu besar terpampang kat tepi jalan! Skali aku teliti betul2 rupanya ianya sebuah projek pembinaan Pusat Konvensyen Gereja yg terbesar di Asia... berdekatan Stadium Bukit Jalil so sampai umah je aku terus cari kat internet n memang betul pulak! Kalau dulu pembinaan Kompleks Gereja terbesar di Asia Tenggara bertapak di Shah Alam dibatalkan atas sebab2 majoriti penghuni tempat tu, adakah majoriti penghuni Bukit Jalil bukan orang Melayu atau adakah disebabkan Pentadbiran telah diserahkan kepada Pembangkang yg lebih adil dan saksama ( sorry aku memang pembangkang )??? Tapi projek ni telah diluluskan sejak tahun 2004 yg menelan belanja RM 100 juta ( bukan duit rakyat tp hasil usaha pengikut agama Nasrani )... hampir tak percaya bila aku melihat kawasan pembinaan tu tadi sb memang sebesar stadium! Akan ada klinik persendirian, nursery, perpustakaan, auditorium utk konsert, blok utk mengerjakan sembahyang n yg pasti namanya ialah Calvary Convention Centre ( bukan 1 mazhab Kristian je yg boleh menggunakannya tetapi seluruh mazhab Kristian Lembah Klang katanya... )
Well bila lagi kan... di semenanjung ni blok atau bangunan beribadat Nasrani aku tgk kecik2 je kalau ada yg besar pun takda lah sampai terbeliak biji mata macam yg ada di Sabah n Sarawak tu! Adil lah sikit kan! Hakikatnya kita hidup di MALAYSIA ni bukan sbg 1 agama n bangsa je! Majukan diri sendiri dulu b4 membantah kepentingan org lain... lalalalalalalal!





Eh tetiba kuar pulak Shah Rukh Khan ni? Haaaaaa ni yg tidak patut bagi aku! Tahukah anda, tadi jugak merupakan hari dia ni mendapat gelaran DATUK sempena harijadi Sultan Melaka tu.... huh! Kalau tak silap sesiapa yg dah bergelar datuk akan mendapat rm5 ribu DUIT RAKYAT tiap2 bulan kan? Perlu ke nak bg kat dia ni? Apa sgt dia dah buat utk negara kita ni sampai takda pulak orang membantah pasal ni padahal dia ni bukan beragama Islam pon... pelik jugak aku budaya KEBANYAKKAN atau PEMIKIRAN org2 Malaysia KITA ni! hmmmmmmmmm..... Jaga tepi kain org, kain sendiri yg terlondeh, paling kurang pun sendiri punya kain diselak! Sendiri yg menyelak pulak tu! Inilah org kita kot! Kwang3
Ahhhhh WHATSOEVER!!!!



Owh ya the day before this, aku pergi tgk wayang ( n tetap p makan makanan Portugis tu ) yg berjudul Wild Child lakonan pelakon lawa seksi bernama Emma Roberts... Aku p ngan member n bf dia... huhuhuhuhuhuhuhu... Kami enjoy the movies n thanks to my friend... Siap ajak aku ke Ipoh pulak tu! Tapi aku kena mendapat persetujuan dulu! Sebab rasanya aku dah diambil orang! kwang3... No need to tell here lah! Cukuplah kami2 saling mengetahui kan.... Apa pun, kita tetap tahu siapa sebenarnya yg bertakhta dlm hati kita sebab hati kita sendiri lah yg rasa n tahu kan? kalau org tu tahu hati kita, leh rasa hati kita, MAYBE org tu lover kita, or maybe org tu Sahabat Sejati kita? Uwahhhh!!!! hmmmmmmmm.....




2 comments:

  1. owh..besar nye church yg nk buat tu ekk..
    good2 u post kt blog u..
    at least, dpt la i tau apa yg ada kt surrounding i ni..
    :)

    ReplyDelete
  2. bravo brava bravu..
    ko memang kreatif!aku akui!dalam satu story ko boleh buat 3 cerita sekali gus.kalau rentap masih ada sure dia tabek kat ko...hwa3..

    aku nda mau komen banyak-banyak!nanti kak kiah sue aku..komen seciput jak ni k..

    Calvary Convention Centre - kalau dah siap nanti ko kasi tau kat aku!aku mau ambik gambar kat sana..sure gempak!

    Shah Rukh Khan/Sultan Melaka/Gelaran Datuk - aku rasa daripada kasi 5000 tu kepada orang yang dapat gelaran Datuk baik kasi duit tu pada anak yatim piatu yang takda mak bapak!
    Jangan over2 ya Datuk-datuk sekalian!Nanti rakyat Murka!!lalalalalat!

    Wild child - aku nak mintak c dee dee blanja aku tengok movie ni!Ko tolong heboh2 kan kat dia k..kasitau kat dia aku mau seat yang first class (first class bukan yang depan sekali k) bilang sama dia Datuk Liza (angel wannabe) mau datang miri 2009 nanti!haha..


    -The End-

    ReplyDelete