31 December 2008

Tengok wayang ngan Miss Vivie ( konon )!

Tadi aku ngan Miss Vivie rakan seinstitusi ku dulu plan mau tgk wayang di panggung wayang Sandakan ni! Kul 3.25pm kamu sampai di panggung tu.. lawa gak panggung wayang sini... Tapi........................... eksyen jak kami beli minuman n popcorn konon padahal x beli tiket pon! Sb wayangnya xda yg best, ada pon kena tgu lama! hwa3! So kami pon meronda lah dlm panggung ni... btw, thanks ya Vivie sb belanja popcorn n air! Lepas tu kami blah dari panggung tu, si Vivie ni bawa aku ke pasar Sim2 utk makan ikan bakar! Wah sedap n murah gitu! hwa3... Ni je sempat ku upload sb bz gilak ni mau buat persiapan New Year! Mau tlg jiran dpn umah buat bbq! daaaa.....














30 December 2008

DUA MALAM DINNER KAT LUAR NGAN FAMILI TERCINTA...

Semalam aku bsama famili dinner kat sebuah restoran yg terdapat di Sibuga, Sandakan, yang bernama Hill Top Restaurant... of course lah halal sb dia kata 'serve no pork' ( tapi Tiger n Carlsberg tu tetap ada ) hwa3... restoran ni buffet tiap Sabtu n Ahad je... makanan kat sini lebih kepada seafood! Sedap n fresh! Kami order makanan steambot kesemuanya 9 jenis makanan seafood! Aku malas nak sebut 1-1 yg pasti aku kesedapan gitu! ( my dad belanja memanglah sodap sampai licin aku sapu!!! )hwa3

Mcm biasa lah, aku suka merayau n meninjau kalau ada masa lapang.. Sambil menunggu persiapan peralatan makanan n hidangan tu aku pon merayau sambil mengambil pic yg aku nak mengikut citarasa n kehendak aku! Uwahhh!!! Sebelah restoran ni ada tempat bermain golf! Hebat2 gak diorang ni! Bukan sehebat Harimau Kayu ( Tiger Woods ) tapi aku ckp hebat sb ada yg dah tua nak mampos pon mampu menghayun batang golf tu sampai 360 darjah tanpa kesakitan pinggang n payudara! hwa3! Yg lebih hebat pulak, dlm keadaan gelap bercahayakan lampu sportlight yg ala kadar tu nampak pulak diorang kemana bola tu siap kata 'YES2' konon2 masuk lobang lah tu kan tp aku tgk bola ntah ke mana, tetap ngan ego ckp YES!!! Adui hai org2 Sandakan, memang best n aku rindu perangai2 n bahasa2 diorang ni sbenarnya bah!

Okek! Tu crita smlm, ni aku baru balik dr dinner di sebuah restoran tepi laut yg memang terkenal di Sandakan... Namanya Ocean King Seafood Restaurant! Aduh grand betul tempat ni! Org putih pun ramai! Kami order 5 jenis lauk! Bapak ku bayar, 2 lauk aku yg order iaitu my fav Udang sweet n sour ngan sup jagung isi ketam! Fuh lama sudah aku x merasa makanan sesedap n sesegar ini! Yelah di Semenanjung Malaysia manada udang yg besar2 n segar2! Maksud aku kat tempat aku di Kehel tu! Kwang3!






Di restoran ni tetamu boleh pilih sama ada nak duduk kat dlm...




Atau kat luar.. semestinya tetamu tmasuk kami pilih kat luar sb suasananya berangin n betul2 menghadap lautan luas n permandangannya ialah kapal2 laut yg besar2 n leh nampak ngan jelas Bandaraya Sandakan...



Kami duduk kat tepi skali... Tiap sudut restoran ni ada patung Dolphin! Free Willy!!! hwa3



Huh bab makan ni aku memang xtau malu! Kalau malu rugi! Aku sapu apa yg ada dpn mata aku! Tmasuk kicap pon habis kering aku sapu tau! hwa3



Fuhh memang segar! Tgk ikan tu, kalau order ikan diorang akan tangkap dr kolam kat tepi d bawah restoran ni... Ikan sebesar tangki air pun ada!!!!!



Sgalanya segar kat sini tau!!!



Mcm biasa lah aku mana boleh duduk diam... lepas makan je aku terus meronda! Tkejut aku tgk Udang Batu ni besar n berat terus aku panggil adik ku suruh amik pic aku ngan makanan fav aku ni! hwa3! ( kalau ikan tu boleh aku angkat sudah tentu bin pasti aku akan posing gak ngan ikan even anak ikan tu! ) Anak ikan? FAV aku gak! hwa3! Erk!!!

Well... dah habis mamam kami diberikan pencuci mulut n bukan tu je, kami gak diberi Kalendar 2009! Maybe sb makan melebihi rm100 kot! Tapi my dad kata murah makanan situ! Dlm hati aku drpd byr rm158 bagus bagi aku duit tu utk aku beli baju New Year yg berjenama! Asyik pakai jenama biasa jak bosan gak bah! hwa3!!!
Mlm ni kami sambut New Year kat umah first cousin pulak!!!


HAPPY NEW YEAR EVERYBODY!!!
HAPPY NEW YEAR 2009!
MAY THE YEAR OF THE OX BRING YOU LUCK, GOOD HEALTH, GOOD FINANCIAL, JOY N FORTUNE... N A GOOD CARING N LOVELY LOVER TOO!
HWA3

HAVE A BLESSED GLORIOUS 2009!



Best Regards ~TommY™~












29 December 2008

AHMAD DHANI DAH JOIN KUMPULAN DARI AUSTRALIA BNAMA 'THE ROCK'?


Betul ke Ahmad Dhani dah tukar kumpulan band? Aku x suka video klip ni bukan sb apa, sb lagunya kureng! Aku rasa Ahmad Dhani suka anak ikan.... hwa3! Habis dia kena umpat bebukan sb cuba perhatikan betul2 video clip ni? Mcm GAY! hwa3



28 December 2008

BATU SAPI, SANDAKAN, SABAH, MALAYSIAN BORNEO!

Tadi ( baru dpt upload pic... actually smlm kami p Batu Sapi tp blog ada probs! ) aku bsama mama, adik ke 2 n bongsu pergi ke sebuah tempat yg dberi nama Batu Sapi... Asal usul nama ni diambil daripada sebuah bentuk blok batu yg terdapat di tempat ini iaitu batu yg menyerupai seekor sapi!!! Dulu nak masuk tempat ni percuma je tp skrg dah perlu bayar rm1 utk org Malaysia n rm15 utk warga asing!









27 December 2008

KITA MINUM DULU!!!

Ni bukan sebarang minum! Aku smakin masak ngan perangai peminum2 @ pemabuk2 ni! Aku dapati kalau org tu memang kaki minum, bila dihidangkan minuman Carlsberg dlm tin, mata yg kuyu2 mula tbukak n senyum! Bila dgr bunyi tin dah dibuka, org tu akan happy n byk ckp pulak! Tapi kalau org yg jarang minum atau x reti minum ni pulak akan menolak tin bila dihidang or let's say dia akan menggelengkan kepala! Si peminum tadi tu pulak dah mula cergas n aktif malah smakin happy bila kwn2 dia xnak minum ( maybe sb dia nak sapu smua minuman! )... Nah apa lagi skali aku bukak Chivas, uwah bukan main cpt dia bangun tlg susun gelas! Aduhhhh sabar jak lah! Mula2 mengantuk terus cergas terus rajin tp mau saja aku suruh dia cuci pinggan mangkuk selepas dia cergas kononnya tu tp xpalah ni kan hari Krismas! Bukan selalu! ni dah hari ke 3 ni aku melayan tetamu2 diundang n yg x diundang! Apa pun hapPENING gilak lah Krismas tahun ni! Parents pulak ala2 buat sambutan besar-besaran! biasanya 2 hari je masak lauk pauk tp skrg dah masuk hari ke 3... Maybe sb inilah Krismas terakhir kami di Sandakan sb next year kami sekeluarga pindah ke KK, bulan 3 baru siap rumah tu!

Ni menu hari pertama Krismas sampai ada org x percaya aku masak! Menu hari ke 2 n hari ni aku lupa amik pic sb tlampau bz woooo! Hwa3! Tu adik aku nbr 2 sempat posing lg tp sorry mukanya x boleh tayang takut jugak aku kena blasah sb body dia body builder skrg ni! hwa3! ( si Vivie sempat suruh aku amik pic dia masa tido tu! ) Hwa3!

Oh ya sebut pasal Miss Vivie ni, thank you toto yg empunya nama ni sb dah 2 kali membelanja aku minum minuman tanpa alkohol yg hanya terdapat di Sandakan n KK je ni... ni dia!



ADUI HAI MLM NATAL! ( CHRISTMAS EVE )

( Sorry baru update blog, bz siot!!! )
Malam menjelang natal aku dan sekeluarga pergi smayang lah konon kat Gereja Sangti Maria ( St. Mary ) yg dulunya hanya sekadar gereja biasa tp skrg dah byk perubahan n 'dinaik taraf' statusnya menjadi Katedral n bukan lagi disebut gereja! So Sandakan sekarang sudah ada Katedral sendiri ( gereja besar @ institusi keagamaan ) n setahu aku kalau mengikut kelayakan ( standard org putih ) utk mendapatkan nama 'Katedral' ni umatnya or ahlinya mesti sampai 100 ribu org dlm kawasan penduduk tu baru boleh diiktiraf sbg Katedral! Aku xda kira lg jumlah penduduk di Sandakan yg beragama Kristian ni tp apa pun nama gereja aku ni skrg ialah Saint Mary's Cathedral... hwa3


Ni lah dia pic Katedral St. Mary, Sandakan, Sabah... yg 1 tu gua kecil yg dikorek drpd dinding bukit yg terdapat d kawasan Katedral ni... atasnya ada gua kecil tempat patung Maryam ( nama org putihnya Mary, namanya d Indonesia n Malaysia sudah diselaraskan dlm bahasa Melayu atas persetujuan n kesepakatan umat sbg Maria )! Paderi boleh masuk dlm gua ni ( bukan dlm pon ) n mengadakan upacara keagamaan yg besar pada hari2 tertentu bila 'target' umat yg dtg boleh memenuhi 1 stadium! hwa3 ( maksudnya kalau upacara keagamaan yg besar sure x muat 1 Kathedral tu so upacara dilakukan di hadapan gua sb kawasannya memang luas seluas alam!
Sebut pasal ramai ni, mlm tu spatutnya smayang @ misa mula kul 9pm, kul 8pm kami dah sampai tp ya rabbi punyalah penuh xda tempat duduk dah! Padahal masa smayang dah dibahagikan ke gereja2 Katolik yg lain gak tp maybe umat makin ramai even ramai gak yg dah convert! hwa3! Pelik knapa boleh begitu ramai padahal hari2 Ahad smayang biasa xda pulak muka2 diorang yg jambu2 ni dtg, kalau hari besar je muncul maybe keluar dr hutan kot! hwa3! Sabar jelah..... Smayang mlm tu dlm Bahasa Inggeris, esoknya pon ada gak smayang kat tempat ni tp dlm Bahasa Melayu! Kami tak pergi yg BM punya sb dah serik tahun2 tpaksa catwalk jauh sb xda parking, org pulak betimbun mcm semut sampai nak gerak pon susah! bayangkan! ( maksud aku bayangkan haruman aroma terapi tu ) aduiii pengsan je tak! Apa pun syukur kpd Allah! ( sorry sebutan ni dibenarkan dlm kerajaan Malaysia dan Indonesia sb walau apa pun Allah tetap Tuhan kan cuma pengertian n penerimaan org2 yg x seiman mestilah lain n merasa pelik! Lu pikir lah sendiri!!! ) hwa3!!!!!!


Sempat gak aku merayau amik pics! Aku merayau masa smayang x start lagi lah kan ada sejam lg aku kene tgu so aku boring lah tu! Sbenarnya byk lg pics tp motif aku nak sumbat byk2? Bukan ada markah pon! hwa3!
SELAMAT HARI KRISMAS @ HARI NATAL N VERSI OMPUTEHNYA MERRY CHRISTMAS! Versi arab apa agaknya ah? hwa3



22 December 2008

Persandingan rakan seinstitusi ku!


Pasangan bahagia! Mohd Fairul ( kwn 1 institusi dulu ) & Noraimah... Aku telah diundang oleh kakak kepada Noraimah yg juga merupakan rakan institusi ku dulu n kad jemputan tu telah diserahkan sendiri by hand pulak tu oleh si kakak yg bernama Farahwahida! Terus aku terfikir nak bagi hadiah apa kalau org kahwin2 ni sb dah lama aku x pernah p majlis sedemikian!
Ptg tu jugak Miss Vivie ( sama institusi jugak! ) sms aku tanya kalau aku pergi ke tak! So kami pun plan pergi cari hadiah sama2! Kami kuar masuk kuar masuk kedai di Bandar Kim Fung agak lama jugak lah kami fikir benda y sesuai at last kami beli je hadiah kat Tai Chung Supermarket! hwa3! So kami pun pergi ke majlis tu sama2 tp yg ditulis dlm kad pukul 7pm start, sebelum kul 7pm lg aku siap, akan tetapi........ dkt kul 8pm baru si Vivie ni sampai amik aku! Punyalah laju dia bawak keta! Jaguh sungguh pempuan ni! huh! Dahlah aku ni fobia bab laju2 dia siap gelakkan aku ni! Kureng! Kul 8.05pm kami sampai! ala lagipun dkt jugak tp setibanya kami kat dewan Hotel Sanbay tu dah mula acara yg aku paling suka iaitu acara makan2! Meja plak dah penuh! Masuk je kami dlm dewan tu semua mata memandang n lampu kamera pun berkilauan membuatkan kami terasa pelik n aku pulak terasa mcm artis! IYA! PERLUKAH AMIK PIC KAMI BYK2? KEAL PUN TIDAK! HWA3! Aku siap bisik dia 'nah tots,org sana lagi amik pic kita so control n pose lawa2' hwa3! Tetiba masuk agi 1 famili yg lewat n sama gak tpaksa jadi model sb takda meja dah! ( at least kurang sikit tumpuan org ramai kat kami berdua! hwa3 ) Pastu Farahwahida suruh kami ke blok sebelah utk makan sb dah xda meja tp yg bestnya blok sebelah tu utk buffet! WAH BERMAHARAJALELA AKU NGAN MISS VIVIE MELAHAP @ MEROUND! 1-1 DI TRY! Hwa3!!!




YG AKU X BOLEH LUPA ADA 1 KES! SI VIVIE NI BEGITU TAKSUB MENGAMBIL PIC SENDIRI SAMBIL MENGUMPAT PASTU MASA DIA MAU MAKAN PUDING MANGGA DIA TU TETIBA DIA BILANG 'AIII? MANA SUDAH SUDU KU???' APA LG AKU MATI2 KETAWA! TULAH TLAMPAU MENGUMPAT BARANGKALI SAMPAI WAITER HENSEM TU AMIK PINGGAN N SUDU DIA YG DPN BIJIK MATA DIA TU PUN DIA X SEDAR! PADAN MUKA KO TOTS! HWA3! HWA3! HWA3!








19 December 2008

Merayau pada 14-15-16hb sebelum blk kg pada 17hb Disember 2008!

Aku balik ke Sandakan pada 17hb Disember 2008! Memang busy n ‘jadual’ aku penuh sepenuh alam! Kebanyakkan masa aku habiskan bsama kawan yg bernama Radit ni… Thanks for everything!!! Ok let’s start!

14hb Disember… Kami ke Mid Valley… Wah ngam timing sebab masa tu memang happening teramat sgt rasanya kat situ… dahlah sesak ramai org, tengah berjalanz-jalanz dlm mall yg sebesar alam tu tetiba jatuh salji! Ya salji! Hwa3! X percaya ka? Tgk pics ni… apa lagi aku pun x lepaskan peluang lah posing dlm keadaan sejuk beku tu! ( konon )!!! Dinner time masa ni makan ntah apa lupa sudah… tapi kat tempat lain kalau x silap di Ampang kot… apa pun, MAKASIH RADIT!






15hb Disember… Kami ke Sunway Pyramid pulak… Kalau di Mid Valley tema Krismas dia ‘circus’ ala album Britney Spears terbaru tu, Pavilion tema Golden White Christmas, di Sunway Pyramid ni pulak ala Red Party! Semua hiasan Krismas dia berwarna merah, unik bin pelik tapi sangat menarik! Hwa3…. Masa kami merayau kat luar mall tu pulak terserempak ngan pembaca berita tv3 yg bnama Ann Raj tengah ready2 nak parking keta Honda Civic dia yg bernombor RAJ 5155! Wah ingat gitu! Lawa juga pempuan ni kalau tgk live! Hwa3! Hmmmm… hari ni sedih sgt aku rasa sb last dpt jumpa ngan Merlin! Dia fly ke London, aku pulak tahun dpn baru blk… tetiba sayu aku tgk n mau tinggalkan housemate yg byk knangan manis, pahit, gila2 tu! John Willey @ Wilma ngan Mohd Syazwan mamat klate yg digilai ramai pempuan tmasuk jantan! Hwa3! Gilak ko ni!!!!! SEE YOU OLS NEXT YEAR YA!!!!!! ( pesanan buat Wilma, bilik x kunci tu so jgn memandai jadikan bilik tu tempat maksiat okek! Hwa3 )






Eh??? Tetiba ada pic ni? Owh ni masa lepak keboringan kat pusat servis kereta BMW sb masa pulang dr Sunway Pyramid tu something problem with his BMW car... Lampu minyak enjin dia menyala rupa-rupanya minyak enjin dia dah low! Huh? Keta baru n servis pertama pun belum lagi dah low minyak enjin? Sabar Radit, harap2 kete ko xda masalah serius! Bawa btendang k... jgn ribut2! Hwa3...

16hb Disember… masa ni Radit byk jumpa client, last client dia jumpa kat Shah Alam, katanya hbs meeting nak bawa aku ke Hulu Langat cari buah-buahan! Kul 4pm akan sampai kat umah aku kalau jln x jem! Wah betul2 dia sampai awal so tpaksa dia menunggu aku agak lama gak sb esok kan aku blk kg so aku packing2 lah brg2 nak bawa sb mlm ni aku tido di Penthouse dia kat Cheras! Apa lg aku xtau brg2 apa yg tertinggal atau terbawa sb main baling2 sumbat2 terjun2 je smua benda dlm beg tu! Hwa3 sorry tpaksa menunggu lama! N terima kasih sb offer nak hantar aku ke KL Sentral subuh2 tu! Aku naik bus kul 4am, sampai LCCT kul 5.10am… nak online pun x sempat, ada gak org yg menunggu-nunggu aku online? Ada kan… sorry lah kalau x dpt or x sempat layan kamu ya… so sorry n apa pun, friendship never end!!!!!! Tanpa kwn2 akan sunyi hidup ini kan… tp tlalu ramai kawan takut jadi skandal pulak! Mcm mana tu ahhh?? Entahlah labuuuuuuuuu……………

17hb Disember… nah kapal ini lah aku naik! Last minit beli tiket smuanya rm377! Aduiii mahal kan… apalah nasib tp syukur dpt pulang walau kali ni aku x excited mau pulang bah…. Byk sebabnya n biarlah Tuhan saja yg tahu…… Haaaaa sampai je aku kat Lapangan Terbang Antarabangsa Sandakan, skali bukak hp terus masuk byk sms! Meriah pulak aku rasa sb tahun sebelumnya x lah byk or let’s say hp aku jarang2 bunyi gitu! Hwa3! Yg paling aku x dpt lupa ialah sms dr kwn pempuan aku yg gilak bekas 1 institusi ku dulu bnama Noreen bt. Abd Hari! Ada tu kat top friends aku di Myspace! Nah ambik mu! Hwa3! Adakah patut dia Tanya aku hidup lagi ke tak! Kuang hajaq! Hwa3! Kesian my mom n dad tgu lama di apot sb diorang yg jemput aku n sayu pulak aku rasa tp cover jak lah! I really love my parents!!!!! Sorry buat kamu tertunggu lama sb tu kapal slow maybe gara2 sesak penuh sgt penumpang2 blk kg! mcm pasar sudah aku tgk n inilah kali ptama aku tgk sesesak alam mcm tu sampai ramai yg tpaksa ‘gendong’ beg sb tempat beg di atas tu penuh sudahhhh! Hwa3 ( padan muka org2 tu! ) huhuhuhuhu tulah eksyen bagus2 ada bagasi xmau kasi masuk ngan harapan ‘kalau aku landing senang aku blah x payah tgu2 beg lain’ kan??? Nah ambik mu! Hwa3…

( Dlm kapal ni pun ada jugak iklan dua ekor ni! erk!!! Tapi hakikatnya aku suka pempuan kontroversi ni! Love ya!!!!!!! )

18hb Disember... tgh hari tu aku dpt sms dr kwn pempuan yg merupakan bekas gf housemate aku yg steward tu! Namanya Farahayu, pelakon utk drama yg disiarkan kat t.v1 tu aku dah lupa drama apa tp mukanya ni mcm cina n body dia memang model, tinggi pulak tu! Dia kata dia dpt lulus utk nak jd stewardess Air Asia n start kursus 26hb ni! TAHNIAH FARAH, NEXT TIME LEH SERVE AKU PULAK! HWA3.... baik dia ni... 1 kpala jugak!




14 December 2008

INDAHNYA ZAMAN PERSEKOLAHAN...

Budak2 yg lahir pd thn 90an mesti ingat
mase skola rendah dulu:

- Kat skola ade salesman jual buku
cerita. Ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.
Salesman susu pon camtu gak.

- Kat library, budak2 mmg PEGANG buku tp
just tengok gambar2 je. Bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku ala rajin ala ulat buku lah konon padahal mintak perhatian cikgu lebih2 lg cikgu yg diminati!

- RMT ( Rancangan Makanan Tambahan ) kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....

- Pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. Bertanding pensel box sape yg paling GRAND!

- Main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam. Padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- Pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- Cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.

- Bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.

- Time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh. Ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la... Kalau melukis pandai panjang leher n bijik mata pandai ke sebelah mau curi idea org bila xda idea!

- Main game 2D. Super Contra, Super
Mario ( siap hafal bunyi melodi lagu tu! ), Street Fighter, sume pakai tape.

- Jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- Takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- Balik skola beli JoJo xpon Dendang.
Tora pon best gak. Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon. X sdp!!!

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; Power Rangers, Ultraman,
Transformers, Ninja Turtles,
Thundercats, Maskman, Gaban, Suria Baja Hitam, Miss Comet ( my fav! ) dan mcm lg. Sailormoon mcm x wujud lg apa lg Dragon Ball...

Jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
smpt lyn bende2 ni. Kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent....

Ni la baru zaman kita kawan2

pas r kt member2 korang....
mesti diorg tersengeh2 bace mende nih...
hehehee...by PINO n edited by Tommy! hwa3




11 December 2008

BILA SESUATU BAHASA SUDAH DIMELAYUKAN, AKU PUN KETAWA MCM ORG GILAK!!! KLAKAR SYIALLL! HWA3

MAU PITAM AKU KETAWA!!!! HWAKAKAKAKAKAKAKA300000000000000000000000000!
BAH... MARI KITA NYANYI RAMAI2 IKUT JE LIRIK YG ADA TU OKAYYYY!!!
HWA3 MATI EHHHH!!!!





























09 December 2008

TANDA JATUH CINTA SUDAH??? 10 SIGNS IF YOU LOVE SOMEONE...

TEN: You feel shy whenever he/she is around.

NINE: You smile when you hear their voice.

EIGHT: When you look at them, you can't see the other people around you, you just see him/her.

SIX: He/she is all you think about.

FIVE: You realize you're always smiling when you're looking at him/her.

FOUR: You would do anything for him/her, just to see him/her.

THREE: While reading this, there was one person on your mind this whole time.

TWO: You were so busy thinking about that person, you didn't notice number seven was missing!!!

ONE: You just scrolled up to check & are now silently laughing at yourself. NOW MAKE A WISH. YOU KNOW YOU WANT TO FEEL THE LOVE BUT AFRAID OF IT! HMMMMMMM....





07 December 2008

Tahukah anda...

Tadi ( Sabtu ) aku lalu jln ke Sg.Besi area Bukit Jalil n ternampak 1 tapak projek bertajuk 'There is Hope / Adanya Harapan' n tajuk ni begitu besar terpampang kat tepi jalan! Skali aku teliti betul2 rupanya ianya sebuah projek pembinaan Pusat Konvensyen Gereja yg terbesar di Asia... berdekatan Stadium Bukit Jalil so sampai umah je aku terus cari kat internet n memang betul pulak! Kalau dulu pembinaan Kompleks Gereja terbesar di Asia Tenggara bertapak di Shah Alam dibatalkan atas sebab2 majoriti penghuni tempat tu, adakah majoriti penghuni Bukit Jalil bukan orang Melayu atau adakah disebabkan Pentadbiran telah diserahkan kepada Pembangkang yg lebih adil dan saksama ( sorry aku memang pembangkang )??? Tapi projek ni telah diluluskan sejak tahun 2004 yg menelan belanja RM 100 juta ( bukan duit rakyat tp hasil usaha pengikut agama Nasrani )... hampir tak percaya bila aku melihat kawasan pembinaan tu tadi sb memang sebesar stadium! Akan ada klinik persendirian, nursery, perpustakaan, auditorium utk konsert, blok utk mengerjakan sembahyang n yg pasti namanya ialah Calvary Convention Centre ( bukan 1 mazhab Kristian je yg boleh menggunakannya tetapi seluruh mazhab Kristian Lembah Klang katanya... )
Well bila lagi kan... di semenanjung ni blok atau bangunan beribadat Nasrani aku tgk kecik2 je kalau ada yg besar pun takda lah sampai terbeliak biji mata macam yg ada di Sabah n Sarawak tu! Adil lah sikit kan! Hakikatnya kita hidup di MALAYSIA ni bukan sbg 1 agama n bangsa je! Majukan diri sendiri dulu b4 membantah kepentingan org lain... lalalalalalalal!





Eh tetiba kuar pulak Shah Rukh Khan ni? Haaaaaa ni yg tidak patut bagi aku! Tahukah anda, tadi jugak merupakan hari dia ni mendapat gelaran DATUK sempena harijadi Sultan Melaka tu.... huh! Kalau tak silap sesiapa yg dah bergelar datuk akan mendapat rm5 ribu DUIT RAKYAT tiap2 bulan kan? Perlu ke nak bg kat dia ni? Apa sgt dia dah buat utk negara kita ni sampai takda pulak orang membantah pasal ni padahal dia ni bukan beragama Islam pon... pelik jugak aku budaya KEBANYAKKAN atau PEMIKIRAN org2 Malaysia KITA ni! hmmmmmmmmm..... Jaga tepi kain org, kain sendiri yg terlondeh, paling kurang pun sendiri punya kain diselak! Sendiri yg menyelak pulak tu! Inilah org kita kot! Kwang3
Ahhhhh WHATSOEVER!!!!



Owh ya the day before this, aku pergi tgk wayang ( n tetap p makan makanan Portugis tu ) yg berjudul Wild Child lakonan pelakon lawa seksi bernama Emma Roberts... Aku p ngan member n bf dia... huhuhuhuhuhuhuhu... Kami enjoy the movies n thanks to my friend... Siap ajak aku ke Ipoh pulak tu! Tapi aku kena mendapat persetujuan dulu! Sebab rasanya aku dah diambil orang! kwang3... No need to tell here lah! Cukuplah kami2 saling mengetahui kan.... Apa pun, kita tetap tahu siapa sebenarnya yg bertakhta dlm hati kita sebab hati kita sendiri lah yg rasa n tahu kan? kalau org tu tahu hati kita, leh rasa hati kita, MAYBE org tu lover kita, or maybe org tu Sahabat Sejati kita? Uwahhhh!!!! hmmmmmmmm.....